fbpx

Ziyad janji akan bangkit

ZIYAD ZOLKEFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas peristiwa malang berlaku di Sukan Paralimpik Tokyo, Ziyad Zolkefli berjanji tidak akan berehat lama sebaliknya kembali fokus kepada latihan bagi menyertai kejohanan akan datang.

Atlet lontar peluru itu menjadi mangsa keadaan selepas balingan sejauh 17.94m di temasya Paralimpik Tokyo tidak diiktiraf kerana lambat hadir ke bilik menunggu menyebabkan dia diberikan status DNS (tidak memulakan). 

“Jadual saya tahun depan agak padat. Saya akan mula bertanding di Kejohanan Dunia di Kobe, Jepun. Kemudian akan menyertai Sukan SEA Hanoi bertanding dengan atlet normal. 

“Saya juga akan cuba untuk beraksi di Sukan Asia dan Para Asia. Saya berjanji akan buat yang lebih baik dan sasaran saya adalah 18m. Saya harus bangkit dan buktikan kepada semua saya boleh lakukan,” katanya. 

Ziyad yang perlu menjalani proses kuaratin lagi seminggu selepas pulang dari Tokyo sedang menghitung hari untuk bersama keluarganya selepas lebih lima bulan tidak bertemu kerana menjalani latihan di Majlis Sukan Negara (MSN).

Dia berhasrat untuk membawa keluarganya bercuti sebaik sahaja tamat kuarantin bagi tekanan yang selama ini ditanggung kerana tugasnya sebagai atlet negara.

“Selepas ini, saya akan diberi cuti sebulan lebih. Dalam tempoh itu kalau boleh saya ingat nak pergi melancong. Hilangkan tekanan. Mandi laut kalau boleh. 

“Saya nak habiskan masa saya bersama keluarga. Rindu mereka sebab dah lama tak jumpa kerana tak boleh balik sebab latihan kuarantin,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI