Utusan Malaysia dominasi Anugerah Media SPRM 2020

Utusan Malaysia dominasi Anugerah Media SPRM 2020

BARISAN pemenang Anugerah Media SPRM 2020 yang diadakan secara maya pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Utusan Malaysia mendominasi Anugerah Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2020 yang diadakan secara maya di sini hari ini.

Dua wartawan akhbar itu memenangi tempat kedua dan ketiga daripada dua kategori anugerah yang dipertandingkan khusus untuk media cetak dan media elektronik.

Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Zulkifli Jalil menang tempat kedua kategori Anugerah Media Cetak SPRM menerusi rencana bertajuk ‘Jangan jadikan SPRM sebagai Kambing Hitam’.

Pada anugerah itu, wartawan eksekutif Utusan Malaysia, Maszureen Hadzman turut memenangi tempat ketiga menerusi laporan berita bertajuk Operasi Selat.

Kemenangan itu membolehkan wartawan Utusan Malaysia masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan RM1,000 berserta trofi serta sijil penghargaan.

Majlis anugerah yang julung kalinya diadakan SPRM itu adalah bagi mengiktiraf rakan-rakan media yang turut memainkan peranan secara tidak langsung memastikan masyarakat berwaspada dengan ancaman rasuah dan kesannya terhadap agama, bangsa dan negara.

Sebanyak 20 penyertaan untuk dua kategori yang dipertan­dingkan telah dinilai oleh panel juri yang dilantik dalam kalangan pengurusan tertinggi SPRM serta tokoh media iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya.

Majlis anugerah media itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, yang turut diiringi Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Kamaruddin M. Ripin.
UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN