Tidak perlu harap Pusat, ambil langkah sendiri lawan Covid-19 - Utusan Malaysia

Tidak perlu harap Pusat, ambil langkah sendiri lawan Covid-19

P. RAMASAMY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak boleh mengharapkan Kerajaan Pusat semata-mata dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri itu.

Sebaliknya, kata Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy, kerajaan negeri perlu mengambil langkah sendiri yang dilihat sesuai dalam konteks Pulau Pinang dalam usaha berdepan krisis kesihatan itu yang disifatkan semakin serius di negeri ini.

Malah jelas Ramasamy (DAP-Perai), sekiranya Kerajaan Pusat pada awal krisis pandemik itu mengambil kira peranan kerajaan negeri serta agensi berkaitan di Pulau Pinang, isu penularan pandemik Covid-19 di negeri itu mungkin dapat dikawal.

“Sebab itu pada saya pelaksanaan darurat sebelum ini tidak membantu negara dalam membasmi Covid-19, kenapa darurat itu wujud adalah hanya untuk menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, tidak ada kena-mengena dengan Covid-19,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

LIM GUAN ENG

Menyentuh perkara sama, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) turut menggesa supaya kerajaan negeri mengambil langkah mitigasi sendiri dalam menangani pandemik Covid-19 khususnya bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa daripada menjadi korban.

Antaranya kata beliau, dalam usaha mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi supaya lebih ramai penduduk Pulau Pinang khususnya mereka yang berisiko, iaitu berusia 50 tahun ke atas mendapat perlindungan.

Jelas beliau, kematian akibat Covid-19 di Pulau Pinang ketika ini adalah sangat membimbangkan yang mana dalam tempoh hanya 15 hari iaitu iaitu antara 11 hingga 26 Ogos lalu misalnya, seramai 211 orang dilaporkan meninggal dunia kerana jangkitan virus itu.

“Sekiranya pemberian vaksin ini dapat disegerakan, kita mungkin dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa dan saya berharap kerajaan negeri khususnya Exco Kesihatan jangan berlengah-lengah lagi dan mengambil berat berkenaan perkara ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN