Tiada kematian akibat vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Tiada kematian akibat vaksin Covid-19

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada kematian direkodkan berpunca daripada penerimaan vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 (PICK) dilaksanakan pada 24 Februari lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, menerusi sistem pelaporan berkaitan kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI), hanya 0.04 daripada 1,000 dos dikategorikan sebagai serius.

Beliau berkata, jumlah itu adalah daripada kadar keseluruhan laporan yang diterima iaitu 0.53 daripada 1,000 dos.

“Kebanyakan daripada kes yang mengalami kesan sampingan teruk ini hanya memerlukan tempoh rawatan singkat di hospital,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Khairy berkata, sehingga 30 Ogos lalu, sebanyak 34,455,366 juta vaksin diberikan kepada orang ramai sejak PICK dimulakan.

“Daripada jumlah itu, hanya 20.7 daripada 1,000 dos yang diberikan menerima laporan gejala ringan di MySejahtera.

“Kesan sampingan ringan yang dilaporkan antaranya sakit di bahagian suntikan, sakit kepala dan kelesuan dalam kalangan penerima vaksin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya