LONDON: Paul Ince percaya masa depan Donny van de Beek bersama Manchester United sudah berakhir dan akan meninggalkan kelab itu Januari ini.
Van de Beek merupakan pemain berprofil tinggi yang tiba dari Ajax dengan reputasi cemerlang selepas beraksi cemerlang di separuh akhir Liga Juara-Juara 2019.
Sejak tiba di Old Trafford, dia gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.
Pemaim berusia 24 tahun itu diberikan peluang berada dalam kesebelasan utama ketika menentang Young Boys namun Aaron Wan-Bissaka dilyangkan kad merah dan dia dikorbankan untuk memberi laluan kepada Raphael Varane.
“Dia tidak akan berada dalam skuad utama. Ole Gunnar Solskjaer cuba membuatkan dia gembira.
“Keadaan menjadi sukar apabila awak jarang bermain. Apa maksudnya kepada Danny selepas gagal bermain masa penuh ketika menentang Young Boys?
“Sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan pasukan. Tiada apa yang Ole boleh katakan,” katanya.-AGENSI