Serah tanggungjawab pada perbankan itu tidak tepat - Pak wan

[Parlimen] Serah tanggungjawab pada perbankan itu tidak tepat – Pak wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof (Bersatu-Alor Gajar) mempersoal tindakan Kementerian Kewangan yang meletakkan tanggungjawab kepada institusi perbankan mengenai keperluan pemasangan ATM di luar bandar.

Jelas beliau, perkara itu sepatutnya diusahakan kerajaan dalam membantu masyarakat di luar bandar serta memperincikan kaedah yang akan digunakan berhubung peraturan tetap mengenai pemasangan mesin ATM di kawasan luar bandar.

“Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan tidak menjawab dengan tepat. Isu dia E Digital, Jom Digital dan juga ATM. Dan pertanggungjawabkan kepada pihak perbankan itu tidak tepat. Kalau kita nak melaksanakan apa yang disebut kita kena ada sasaran. Kita ada tumpuan, kena ada kaedah,” katanya ketika memberi soalan tambahan ketiga kepada Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafiz Musa.

Terdahulu, Yamani Hafiz berkata, keperluan untuk memasang ATM di kawasan luar bandar adalah tertakluk kepada institusi perbankan untuk memberi khidmat di luar bandar.

“Bagaimanapun, kita akan sentiasa memantau mengenai keperluan khusus inudstri bank untuk membuat pertimbangan di kawasan yang betul-betul memerlukan,” ujarnya lagi.

Hafiz berkata demikian bagi menjawab soalan Hasanuddin Mohd. Yunus (PAS-Hulu Langat) mengenai usaha kerajaan membantu pengguna di pedalaman selain mempromosi kempen kerajaan Jom Digital dan sebagainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN