KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Asad Motawh tampil menghangatkan suasana media sosial dengan perkongsian gambar menayang tubuh sasa pada hari lahirnya yang ke-20 tahun.
Penyanyi lagu Senyum ITU berkongsi hantaran tersebut dengan menulis kapsyen ringkas beserta empat keping gambar pelbagai gaya di akaun Instagram miliknya, semalam.
“Selamat hari lahir kepada diri saya sendiri,” kongsinya yang mendapat tanda ‘love’ hampir 63,000 orang.
Dalam masa sama, selebriti remaja, Afieq Shazwan melayangkan pujian melihat ketekunan Asad bagi mendapatkan bentuk badan sebegitu.
“Selamat hari jadi Asad. Sekali siap dia payung sudah siap, baik!,” komen Afieq yang juga salah seorang selebriti remaja yang aktif dalam mendapatkan bentuk tubuh sasa.
Menerusi InstaStory, Asad juga berkongsi video pendek di mana dia menerima hadiah kek kiriman dari barangan pakaian berjenama mewah terkenal, Louis Vuitton.
Meninjau ruangan komen, sehingga detik ini pengikut dan pengguna IG masih tidak henti-henti ‘menangis’ dan terkedu dengan sisi kematangan fizikal tubuh badan penyanyi remaja berkenaan. – UTUSAN ONLINE