RM41 juta kos projek rancangan tebatan banjir Sungai Langat Fasa 1 - Utusan Malaysia

RM41 juta kos projek rancangan tebatan banjir Sungai Langat Fasa 1

TUAN Ibrahim Tuan Man meninjau kawasan banjir di Kampung Sri Tanjung dan Kampung Lalang, Dengkil bersama Rina Mohd. Harun. - FOTO KASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 1 di daerah Sepang yang menelan kos RM41 juta di bawah  Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sebagai penyelesaian jangka panjang.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, projek ini akan memberi manfaat kepada 50,000 orang penduduk di tiga daerah berkaitan.

Beliau berkata, terdahulu banyak aduan yang diterima di media sosial daripada penduduk kampung berkenaan.

“Kawasan ini sentiasa banjir dan air naik sehingga ke paras pinggang. Ban pecah dan banyak harta benda penduduk yang telah rosak.

“Sehubungan dengan itu, JPS telah mengambil tindakan menaik taraf ban Sungai Semarang dan pam di Pintu Air Sungai Semarang juga telah diaktifkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau meninjau  meninjau kawasan banjir di Kampung Sri Tanjung dan Kampung Lalang, Dengkil di sini bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Dalam pada itu, menurut beliau, peruntukan daripada Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) juga akan digunakan untuk penyelesaian jangka pendek.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya