Pulanglah Sajat, jangan rumitkan keadaan - Mapim

Pulanglah Sajat, jangan rumitkan keadaan – Mapim

NUR SAJAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat harus pulang dengan sukarela dan menjawab pertikaian awam mengenai tindakannya berpakaian wanita ketika melakukan ibadah umrah pada 2018.

Namun, tindakannya melarikan diri ke luar negara secara haram dan melanggar peraturan imigresen merumitkan lagi keadaan yang membabitkan perbicaraannya di Mahkamah Syariah berhubung perlakuannya itu.

Presiden Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid, kesalahan asalnya ialah kerana beliau menyalahguna status jantinanya untuk menunaikan umrah. 

MOHD. AZMI ABDUL HAMID

“Tindakannya bukan sahaja boleh menjejaskan imej Malaysia malah menjejaskan kesucian agama. Isu ini menjadi rumit apabila beliau tidak hadir untuk perbicaraan di Mahkamah Syariah Selangor atas kesalahan berpakaian wanita melakukan ibadah umrah.

“Reaksi orang ramai yang marah terhadap tindakan beliau yang dilihat mempermainkan hukum agama di tanah suci Mekah dianggap beliau suatu tekanan sehingga beliau tidak hadir ke pembicaraan di Mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sajjat dilaporkan ditahan pihak berkuasa imigresen Thailand akibat kesalahan memiliki pasport tamat tempoh dan susulan ditahan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama dari negara jiran untuk membawa pulang usahawan kontroversi itu.

Malah, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad turut menggesa usahawan berusia 36 tahun itu supaya kembali ke tanah air bagi menghadapi perbicaraannya dan mempersoalkan tindakannya dikatakan mahu ke Australia bagi mendapatkan perlindungan.

Dalam pada itu, Mohd. Azmi menasihatkan jika Muhammad Sajjat berjaya dibawa pulang, pihak berkuasa harus mengambil pendekatan lebih bijaksana untuk mendidik agar akidahnya dapat diselamatkan.

“Kesalahan awalnya masih tidak terlalu berat. Namun apabila beliau bertindak mencabar keluar Islam dan melanggar peraturan imigresen, beliau jelas telah menambah rumitkan keadaan sehingga  mengambil jalan pintas yang tidak bijak.

“Kesalahan asalnya ialah kerana beliau  menyalahguna status jantinanya untuk menunaikan umrah. Tindakannya bukan sahaja boleh menjejaskan imej Malaysia malah menjejaskan kesucian agama,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN