‘Proses yang sangat menyakitkan’ - Utusan Malaysia

‘Proses yang sangat menyakitkan’

Rafael Nadal sedang menjalani proses pemulihan kaki akibat kecederaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Rafael Nadal mengakui di menjalani proses pemulihan yang menyakitkan daripada kecederaan kaki yang memaksa juara Grand Slam 20 kali itu terlepas aksi Wimbledon, Sukan Olimpik dan Terbuka Amerika Syarikat tahun ini.

Nadal mengakhiri musim ini pada Ogos lalu kerana kecederaan dan berkata, kakinya masih sakit ketika persembahan dokumentari mengenai akademi tenis miliknya.

Pemain berusia 35 tahun itu berkata, dia tidak sabar untuk ke hadapan dan berhadapan proses yang sukar dan menyakitkan dalam usaha untuk kembali cergas.

Nadal memuatnaik gambar dirinya di Instagram sedang memegang tongkat dengan kaki kirinya berbalut.

Dia mengumumkan sedang menerima rawatan di Barcelona dan dia memerlukan rehat selama beberapa minggu sebelum pulih.

Bintang Sepanyol itu menyertai Roger Federer dan Novak Djokovic dengan 20 gelaran Grand Slam.

“Selepas beberapa tahun keadan semakin sukar dan awak perlu menjadi realistik kerana masa tidak menunggu sesiapa tetapi saya masih teruja untuk beraksi,” kata Nadal.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya