Pesawah ditemukan meninggal dunia di dalam bendang  - Utusan Malaysia

Pesawah ditemukan meninggal dunia di dalam bendang 

SEORANG pesawah ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di dalam bendang miliknya di Padang Tembusu di Penaga, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seorang pesawah ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di dalam bendang miliknya di Padang Tembusu di Penaga, di sini hari ini.

Mangsa berusia 68 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam selut kira-kira 10 pagi selepas dia keluar dari rumahnya di Guar Tuan Syed di sini kira-kira pukul 8 pagi dengan menaiki motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, mangsa dikatakan keluar ke sawah berseorangan sebelum dijumpai dalam keadaan tertiarap oleh saudaranya yang bekerja di kawasan sawah berdekatan.

“Lelaki itu yang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dan dikatakan mempunyai sejarah penyakit jantung dan buah pinggang kronik selain pernah membuat pembedahan pintasan jantung.

“Pemeriksaan pada badan si mati dan kawasan sekitar tidak menemui unsur jenayah selain motosikal jenis Honda Wave yang diletakkan di kawasan berdekatan didapati dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kepala Batas di sini bagi urusan bedah siasat selepas ujian Covid-19 selesai dijalankan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd. Yusni Mat Piah turut membantu pihak berkuasa mengangkat jasad mangsa dari kawasan bendang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN