Pesara 72 tahun rugi RM52,000 ditipu pelaburan petroleum  - Utusan Malaysia

Pesara 72 tahun rugi RM52,000 ditipu pelaburan petroleum 

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang lelaki warga emas di sini kerugian sebanyak RM52,000 selepas dipercayai menjadi mangsa  sindiket yang menawarkan pelaburan petroleum.

Mangsa yang merupakan pesara berusia 72 tahun terjerat dalam penipuan itu selepas didatangi dua individu di sebuah pasar raya di Bagan Ajam, dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa ditawarkan menyertai pelaburan dalam bidang petroleum kononnya dianjurkan oleh lima syarikat pengeluar minyak dan gas di negara ini.

Jelasnya, selain dijanjikan keuntungan tinggi dan suspek turut menunjukkan beberapa video dan gambar testimoni kejayaan pelabur-pelabur lain.

“Ada antara mereka dikatakan mendapat hadiah berupa kereta dan wang tunai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan tawaran itu telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM52,000 kepada kedua-dua suspek di sebuah bank di Seberang Jaya di sini sejurus membuat pengeluaran wang.

Bagaimanapun jelasnya, kedua-dua suspek kemudian menghilangkan diri selepas mendapat wang itu sebelum mangsa tampil membuat laporan polis.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN