Pertukaran kategori jejas lompatan Kar Gee - Utusan Malaysia

Pertukaran kategori jejas lompatan Kar Gee

Wong Kar Gee mengakui tidak dapat beraksi seperti yang dimahukan selepas dia bertukar kategori dalam acara lompat jauh di Sukan Paralimpik Tokyo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertukaran dari kategori T12 kepada T13 kira-kira sebulan sebelum Sukan Paralimpik 2020 bermula memberi kesan kepada persembahan Wong Kar Gee dalam acara lompat jauh.

Kar Gee, 30, yang bertanding dalam kategori masalah penglihatan itu bagaimanapun berjaya melakukan rekod peribadi terbaiknya dengan catatan 5.93 meter (m) pada lompatan ketiga.

“Saya sudah buat yang terbaik, namun gagal mencapai persembahan seperti yang saya inginkan. Kategori saya telah ditukar dari T12 kepada T13 kira-kira satu bulan lebih sebelum ke Tokyo.

“Di T13, papan lonjaknya lebih kecil berbanding T12. Selepas saya dapat tahu saya kena tukar kategori, saya terus fokus terhadap papan itu dalam sesi latihan banyak kali agar ia sempurna dan tidak membuat kesalahan ketika berlepas,” katanya.

Mengulas lanjut, atlet dari Sabah itu berkata, cuaca hujan yang semakin lebat menyebabkan dia tergelincir ketika memijak papan lonjak pada percubaan keempat.

“Masuk lompatan keempat hujan lebat sedikit. Apabila saya memijak papan lonjak yang licin itu, saya tergelincir sedikit dan cedera di bahagian lutut kanan.

“Selepas cedera, saya berasa kurang selesa dan saya mengambil keputusan untuk berhenti (tidak meneruskan lompatan),” katanya yang mula berdepan masalah penglihatan apabila disahkan menghidap penyakit Stargardt pada usia lapan tahun.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.