Pergelangan tangan kiri lelaki hampir putus ditetak jiran

Pergelangan tangan kiri lelaki hampir putus ditetak jiran

LOKASI seorang lelaki cedera parah apabila pergelangan tangan kirinya hampir putus akibat ditetak jirannya di Kampung Kelubi Dalam, Jitra, Kedah, hari ini. - FOTO/NUR ANATI JUHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JITRA: Seorang lelaki cedera parah apabila pergelangan tangan kirinya hampir putus akibat ditetak jirannya di hadapan sebuah rumah di Kampung Kelubi Dalam, di sini hari ini.

Mangsa berumur 27 tahun dipercayai pergi ke rumah suspek yang berumur 29 tahun kira-kira pukul 2.10 petang sebelum kejadian.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, ketika kejadian pergaduhan itu mangsa dan suspek masing-masing menggunakan senjata tajam iaitu parang dan pedang hingga mengakibatkan kecederaan.

“Mangsa hampir terputus pergelangan tangan kiri manakala suspek cedera di bahagian perut.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Jitra untuk rawatan dan suspek pula ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rodzi berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dan suspek mempunyai hubungan kekeluargaan.

“Siasatan juga mendapati suspek merupakan pesakit mental dan mempunyai kad rawatan,” ujarnya.

Tambahnya, parang dan pedang yang digunakan dalam pergaduhan Itu telah  dirampas dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya