Perasan kehadiran penyamun selepas telekung dipijak, dua wanita berdepan detik cemas - Utusan Malaysia

Perasan kehadiran penyamun selepas telekung dipijak, dua wanita berdepan detik cemas

TANGKAP layar CCTV menunjukkan seorang jemaah wanita mengejar suspek yang mencuri beg tangannya di Masjid Jamek Pengadang Baru di Kuala Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua jemaah wanita di Masjid Jamek Pengadang Baru, di sini berdepan detik cemas selepas beg tangan mereka dilarikan seorang lelaki ketika menunaikan solat Subuh, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 6.25 pagi itu disedari salah seorang mangsa berikutan kain telekungnya dipijak suspek tanpa sengaja sebelum bertindak mengejar lelaki berkenaan.

Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan, Asli Muhammad berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang berbaju hijau muda didapati memasuki ruangan solat wanita melalui pintu di sebelah kiri masjid.

“Dia menunggu hingga semua jemaah sujud pada rakaat terakhir sebelum mengambil beg tangan kedua-dua mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Asli berkata, suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang menunggu di luar pagar masjid.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Katanya, laporan polis dibuat seorang mangsa yang berusia 40-an dan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan kira-kira RM800. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya