Penyokong Liga M kena tungggu lagi - Utusan Malaysia

Penyokong Liga M kena tungggu lagi

GELAGAT dan kehadiran penyokong ke stadium pasti dirindui bagi memeriahkan saingan bola sepak tempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Harapan penyokong-penyokong Liga Malaysia (Liga M) untuk memasuki stadium ‘tertangguh’ lagi selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan perkara berkenaan melalui satu kenyataan hari ini.

Pengumuman itu sekali gus menyaksikan saingan Piala Malaysia yang akan membuka tirai esok akan berlangsung tanpa penyokong.

“KBS telah membentangkan cadangan kehadiran penonton ke venue sukan dan rekreasi bagi pertimbangan Kerajaan melibatkan kawasan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dan 3.

“Susulan itu, Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 pada 21 September dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada 22 September telah memutuskan agar KBS memperincikan Protokol Am Pengurusan penontong/penyokong dengan penelitian terhadap beberapa aspek dengan mengambil kira input dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Selaras dengan keputusan tersebut, KBS ingin memaklumkan kebenaran semasa di bawah PPN fasa 4 yang melibatkan kehadiran penonton/penyokong ke venue sukan dan rekreasi adalah ditangguh sementara bagi membolehkan perinciaan semula Protokol Am Pengurusan penonton/penyokong dilaksanakan dengan mengambil kira penilaian risiko semasa.

“KBS amat komited bagi memastikan pembukaan semula sektor sukan dan rekreasi dilakukan dengan teliti seiring dengan keperluan kesihatan awam,” kata KBS dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengakui kepulangan semula penonton ke stadium kemungkinan tidak dapat dilaksanakan pada perlawanan pertama Piala Malaysia walaupun Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi ‘lampu hijau’, semalam.

Presiden MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, ini kerana setiap pasukan tidak mempunyai masa cukup untuk menyambut kehadiran semula penonton ke stadium memandangkan sepak mula edisi ke-100 itu akan bermula esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.