Penyebaran video ganggu siasatan kes seksual melibatkan pendakwah

Penyebaran video, mesej lucah ganggu siasatan kes seksual melibatkan pendakwah

ABD. Jalil Hassan pada sidang akhbar di IPD Gombak, semalam. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Siasatan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal masih diteruskan susulan penyebaran video dan mesej lucah menerusi media sosial yang didakwa adalah bukti kes itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, kertas siasatan dibuka semalam adalah untuk menyiasat individu bertanggungjawab menyebarkan video dan mesej lucah tersebut ke media sosial. 

Justeru itu, kata beliau, pihaknya masih dalam proses mengenal pasti individu dan mangsa yang menyebarkan bukti itu bagi membantu siasatan.

“Kes baharu itu masih dalam siasatan. Individu yang menyebarkan semua maklumat itu akan dipanggil.

“Tetapi, saya tidak mahu sahkan sama ada perkara itu melibatkan seorang pendakwah atau mangsa yang sama sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abd. Jalil memberitahu, penyebaran bukti-bukti berkenaan dalam media sosial  telah menyebabkan siasatan asal sedikit terganggu.

Sehubungan itu, orang ramai terutamanya aktivis supaya menghormati siasatan dijalankan polis ke atas pendakwah terkenal berkenaan. 

“Patuhilah undang-undang sedia ada kerana kita tidak mahu dengan kenyataan disebarkan akan mengganggu siasatan polis yang telah dijalankan dengan terperinci. 

“Kita mohon kepada semua pihak, walaupun mempunyai maklumat yang boleh membantu, tidak perlu disebarkan melalui media sosial. 

“Hantar terus kepada polis bagi membolehkan kita melengkapkan kertas siasatan seterusnya merujuk ke pejabat Peguam Negara,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN