Pendekatan lebih mesra depani individu belum vaksin - Utusan Malaysia

Pendekatan lebih mesra depani individu belum vaksin

AIDI Sham Mohamed (kanan) ketika terlibat dalam Program Advokat Kesihatan di Pantai Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan menggunakan pendekatan lebih mesra bagi berdepan dengan individu belum divaksin ketika pemeriksaan dijalankan di kawasan tumpuan pelancong di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, menurut Program Advokat Kesihatan yang dianjurkan oleh PKD, penekanan terhadap kepentingan pengambilan vaksin Covid-19 kepada pengunjung.

“Kami menggunakan pendekatan yang lebih mesra dan dekat dengan masyarakat. Sekiranya terdapat individu yang belum divaksin, satu tarikh temujanji vaksinasi akan diberikan serta-merta mereka tidak akan dikompaun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat pemeriksaan dalam program tersebut di Pantai Saujana di sini semalam.

Bagaimanapun, Aidi Sham berkata, dalam pemeriksaan yang dijalankan pihaknya tidak menemukan individu yang belum lengkap proses vaksinasi Covid-19.

“Ini adalah  petanda yang baik memandangkan jumlah orang dewasa yang sudah lengkap dos kedua di negeri ini juga sudah melebihi 90 peratus,” jelasnya.

Sementara itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak menggalakkan pengunjung untuk bermalam dengan khemah di sepanjang pantai di sini kerana ia dikhuatiri memberi risiko jangkitan Covid-19. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN