Pasar Awam Batu Lanchang kembali dibuka - Utusan Malaysia

Pasar Awam Batu Lanchang kembali dibuka

PASAR Awam Batu Lanchang, Pulau Pinang kembali dibuka kepada orang awam mulai hari ini selepas ditutup hampir 10 hari ekoran terdapat kes positif Covid-19 di pasar berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Selepas ditutup hampir 10 hari akibat terdapat peniaga dan pekerja dikesan positif Covid-19, Pasar Awam Batu Lanchang, di sini kembali dibuka kepada orang awam mulai hari ini.

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), pasar berkenaan dibuka dengan prosedur operasi standard yang ketat bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan Covid-19.

“MBPP akan terus memantau keadaan terkini untuk memastikan keselamatan pekerja, penjaja dan pengunjung pasar berkenaan.

“Orang ramai diingatkan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelak penularan wabak Covid-19,” kata kenyataan itu.

Pada 3 September lalu, Pasar Awam Batu Lanchang ditutup buat kali kedua kepada orang awam susulan terdapat kes positif Covid-19 dikesan membabitkan peniaga di situ.

Penutupan sementara itu melibatkan 180 gerai itu dibuat bagi mengekang penularan wabak Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN