[PARLIMEN] Kerajaan kaji keberkesanan pindaan akta terhadap pemandu mabuk - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kerajaan kaji keberkesanan pindaan akta terhadap pemandu mabuk

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya sedang mengkaji keberkesanan pindaan baharu Seksyen 45A (1) di bawah Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang berkuat kuasa sejak 23 Oktober tahun lalu.

Beliau berkata, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah diminta melaksanakan kajian tersebut.

“Kita akan melihat keberkesanan ke atas semua langkah intervensi yang dijalankan bukan sahaja oleh pihak kementerian tetapi semua pemegang taruh bagi menangani isu memandu di bawah pengaruh bahan terlarang memandangkan pindaan Rang Undang-Undang 333 telah dikuatkuasakan hampir setahun lalu.

“Kajian juga akan mengesyorkan lain-lain langkah intervensi dan kaedah yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu pemandu mabuk di masa depan,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Mengikut Seksyen 45A (1), pindaan baharu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, dipenjarakan sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.