[PARLIMEN] Cukai terhadap syarikat untung luar biasa sedang dikaji - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Cukai terhadap syarikat untung luar biasa sedang dikaji

YAMANI HAFEZ MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji beberapa langkah lagi bagi meningkatkan hasil negara termasuk memperkenalkan cukai khas terhadap syarikat yang mengaut keuntungan luar biasa sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, hasil daripada kutipan cukai itu digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan ketika ini.

“Kita mengambil maklum cadangan beberapa ahli Parlimen berkaitan dengan windfall tax atau levi keuntungan luar biasa. Oleh itu kerajaan sedang mengkaji beberapa langkah lagi bagi meningkatkan hasil termasuk mengenakan cukai ke atas keuntungan hasil pelaburan saham dan pengenaan kadar cukai lebih tinggi secara one-off kepada syarikat-syarikat yang menjana keuntungan luar biasa dalam tempoh pandemik Covid-19.

“Hasil tambahan daripada cukai one-off tersebut akan digunakan untuk membiayai aktiviti atau program pemulihan khusus bagi membantu golongan sasar,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, kerajaan juga akan mempertimbang cadangan mengenakan cukai kepada sektor perniagaan tertentu yang menjana keuntungan berlipat kali ganda semasa pandemik Covid-19.

“Namun, kerajaan perlu mengambil kira pandangan dan maklum balas pihak berkepentingan mengenai kesan pelaksanaan cukai khas ini supaya ia tidak menjejaskan kedudukan ekonomi dan daya saing negara khussunya dalam menarik pelaburan asing,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN