PETALING JAYA: Ekonomi negara dijangka pulih pada 2022 menerusi unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tumbuh pada kadar 5.3 peratus berbanding jangkaan tahun ini iaitu sekitar 3.0 peratus hingga 4.0 peratus. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, ramalan itu dipacu menerusi pemulihan ekonomi global dan domestik di samping dasar fiskal dan monetari yang sentiasa menyokong pemulihan ekonomi negara. Katanya, meskipun ramalan…










