PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Datin Paduka Eina Azman memaklumkan suami tercintanya, Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah mengalami penurunan oksgien sehingga terpaksa menggunakan bantuan pernafasan akibat jangkitan virus Covid-19.
Sehubungan itu, dia memohon warganet untuk menitipkan doa buat suaminya yang masih berada di hospital agar diberikan kesembuhan seperti sedia kala.
“Saya mohon semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami, Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala.
“Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus Covid-19.
“Sebab oksigen sumai saya semakin menurun hingga perlu memakai bantuan oksgien,” kongsinya di Instagram.
Dalam pada itu, dia turut meniupkan semangat buat suaminya agar kekal kuat untuk melawan penyakit tersebut.
“Sayang, saya tahu awak kuat. Awak perlu cepat sihat. Saya sayang awak, kami tunggu di rumah,” katanya.
Kelmarin, Eina memaklumkan dia, suami serta dua orang pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19.
Dia juga meluahkan kesedihan kerana diberi ujian Allah disaat ulang tahun perkahwinannya, namun dia reda dengan ketentuan Ilahi.