Mayat Mohamad Nazmi ditemukan 100 meter dari lokasi tergelincir - Utusan Malaysia

Mayat Mohamad Nazmi ditemukan 100 meter dari lokasi tergelincir

PASUKAN penyelamat mengangkat mayat Mohamad Nazmi Mohamad Saidi untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman, Kemaman., Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Mayat pemuda yang dipercayai lemas di Jeram Mawar, Sungai Kemaman berhampiran Kampung Air Putih, di sini kelmarin ditemukan terapung pada pukul 9.20 pagi ini. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat Mohamad Nazmi Mohamad Saidi, 23, dari Kampung Paya Berenjut, Chukai itu dijumpai pasukan bomba kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan tergelincir.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, Mohamad Nazmi dikatakan tergelincir ketika mandi-manda dan memancing bersama enam lagi rakannya sebelum dihanyutkan arus.  – UTUSAN ONLlNE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya