Maut motosikal rempuh Iswara depan kedai keria - Utusan Malaysia

Maut motosikal rempuh Iswara depan kedai keria

NOR ZALIK Hassan yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di hadapan kedai Kuih Keria Antarabangsa ,Jalan Limbongan di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa, Nor Zalik Hassan, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, kemalangan berlaku ketika kereta jenis Proton Iswara yang dipandu seorang wanita warga China cuba membuat pusingan U di hadapan kedai berkenaan.

“Kereta tersebut dalam perjalanan dari arah jalan pesisir pantai melalui Lorong Hajah Maznah dan selepas keluar simpang, pemandu cuba membuat pusingan U di hadapan kedai Kuih Keria Antarabangsa.

“Bagaimanapun ketika membuat pusingan, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC tiba-tiba merempuh kenderaan terbabit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Jelasnya, akibat rempuhan itu mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Pemeriksaan lanjut pegawai di lokasi mendapati keadaan jalan adalah baik, jalan tidak basah dan mempunyai tiga lorong satu hala.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya