Mata ganjaran, penghantaran makanan percuma habuan buat atlet Paralimpik - Utusan Malaysia

Mata ganjaran, penghantaran makanan percuma habuan buat atlet Paralimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Grab Malaysia memberikan 1 juta mata ganjaran serta penghantaran makanan percuma selama setahun kepada Abdul Latif Romly, Cheah Liek Hou dan Bonnie Bunyau Gustin sebagai tanda penghargaan kerana kejayaan mereka membawa pulang pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Selain itu, syarikat penghantar makananan itu turut menghargai pencapaian pingat perak Jong Yee Khie dan Chew Wei Lun dengan memberikan mereka 500,000 mata ganjaran dan penghantaran makanan percuma selama setahun.

Mereka juga turut memberikan mata ganjaran sebanyak 50,000 kepada Muhammad Ziyad Zolkefli dan penghantaran makan percuma selama setahun sebagai menghargai usaha dan pencapaiannya di peringkat antarabangsa selain memberikan token penghargaan kepada atlet paralimpik yang lain.

“Tahniah dan terima kasih kepada para pemenang pingat dan atlet para yang bersaing di Sukan Paralimpik Tokyo, kami sangat berbesar hati dengan pencapaian keseluruhan pasukan di sana.

“Anda telah membuktikan kejayaan mampu dicapai seandainya ada usaha dan awak telah memberikan inspirasi,” kata Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya