SEPANG: Cubaan membawa masuk 80 pek produk daging babi seberat 30 kilogram (kg) oleh dua warga China apabila barang dagangan itu dirampas pihak kuasa dalam pemeriksaan di Balai Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dalam satu kenyataan memaklumkan, pemeriksaan dilakukan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada pukul 5 petang semalam.
“Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas dua warganegara China itu, pihak berkuasa menemukan 80 pek produk daging babi yang diletakkan di dalam dua kotak gabus.
“Daging babi tersebut dipercayai dibawa masuk untuk kegunaan sendiri dan ditahan kerana gagal mengemukakan Permit Import yang dikeluarkan Jabatan Maqis dan Sijil Kesihatan daripada negara asal,” katanya.
Maqis berkata, susulan rampasan itu, kesemua daging babi tersebut dihantar ke Makmal Kesihatan Veterinar bagi tujuan persempelan untuk mengenal pasti penyakit African Swine Fever (ASF). – UTUSAN ONLINE