Makkal Sakti sasar 4 Parlimen, 7 DUN - Utusan Malaysia

Makkal Sakti sasar 4 Parlimen, 7 DUN

R. S. THANENTHIRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) menyasarkan empat kawasan Parlimen dan tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Datuk Seri R. S.Thanenthiran berkata, perkara itu bagaimanapun terpulang kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk membuat pertimbangan sewajarnya.

Katanya, pihaknya mengharapkan perkara itu tidak mustahil kerana banyak kawasan yang boleh dipertimbang memandangkan komponen BN hanya empat berbanding 14 sebelum ini.

“Kami (Makkal Sakti) mempunyai calon-calon yang berkelayakan, berkualiti, profesional dan terlatih yang kebanyakannya muda serta dapat memenuhi aspirasi rakyat.

“Agenda kami adalah agenda rakyat, maka calon yang akan ditonjolkan mesti memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang penting.

“Kita bukan bertanding untuk mengisi poket, we are here to serve kerana itu kami boleh bertahan sehingga kini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Terdahulu, Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan memberi tempat kepada Makkal Sakti untuk bertanding setelah parti tersebut setia bersama BN selama 13 tahun.

Menurut Thanenthiran, pengumuman itu memberi motivasi kepada Makkal Sakti untuk terus berkhidmat memandangkan parti itu tidak pernah mendapat tempat pada tiga pilihan raya umum lepas.

“Memang pengumuman sebegitu amat dinantikan kerana semangat setiakawan Makkal Sakti yang tidak pernah berubah pada BN dan UMNO di setiap kali pilihan raya umum.

“Walaupun selepas (BN) kalah, tidak pernah mendapat tempat dan jawatan sama ada di negeri yang dimenangi BN atau di syarikat milik kerajaan (GLC), kami tetap bersama dan tak pernah merungut.

“Kami tetap tabah menanti, maka kesabaran kami are paying off ,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.