fbpx

Mak dera anak berlari bawah terik mentari

TANGKAP layar gambar Katarina Rodriguez bersama anaknya di laluan pejalan kaki.-TIKTOK

NEW YORK: Seorang wanita bertindak menghukum anaknya berusia lima tahun berlari di bawah terik matahari dengan suhu mencecah 40 darjah celcius kerana tidak bersikap baik di sekolah.

Lapor NZ Herald, Katarina Rodriguez memberitahu hukuman itu adalah alternatif mendisiplinkan anaknya.

Wanita itu memuat naik gambar dirinya berlari di laluan pejalan kaki bersama anak lelakinya yang kelihatan termengah-mengah dan seperti kehabisan nafas.

“Anak saya tidak mahu mendengar arahan guru ketika berada di sekolah. Dia buat bising dan tidak mahu dengar cakap.

“Sekarang, jom kita berlari di bawah suhu 40 darjah celcius,” katanya menerusi video yang dirakam sendiri.

Namun, tindakan itu mengundang kecaman ramai kerana boleh mendatangkan trauma selepas video tersebut tular dalam media sosial.

“Adakah anda pernah berfikir dia mungkin berusaha keras di dalam kelas kerana otaknya bergerak dalam keadaan berbeza dan sekarang anda hanya membuatkan dirinya menjadi lebih teruk,” tulis warga maya.

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!