fbpx

17 Oktober 2021, 8:30 pm

  TERKINI

Lelaki lemas ketika selamatkan rakan

BOMBA membawa keluar mayat Hamzah Ilya Alias di Kuala Kubu Bharu, Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malang nasib seorang lelaki apabila ditemukan lemas ketika menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam empangan di Jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu dekat sini, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.54 petang berhubung kejadian itu.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera dan bot dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu ke lokasi.

Katanya, mangsa berusia 19 tahun itu dikenal pasti sebagai Hamzah Ilya Azman.

“Mangsa lemas ketika menyelamatkan rakannya, seorang lelaki berusia 20 tahun yang tergelincir di tebing ketika cuba mengambil gambar.

“Bagaimanapun, rakannya menyelamatkan diri sebelum anggota tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norazam berkata, mangsa ditemukan 6.02 petang iaitu lima meter dari lokasi kejadian.

Beliau menasihati orang ramai yang berkhemah atau bercuti di kawasan berair seperti sungai, air terjun, laut atau empangan supaya mengambil langkah berhati-hati.

“Jika hujan, segera beredar untuk mengelak banjir kilat, fenomena kepala air atau kenaikan paras air secara mendadak.

“Begitu juga yang melakukan aktiviti mendaki, mohon berhati-hati terutama musim hujan ketika ini bagi mengelak tersesat, terperangkap di laluan keluar atau terkena panahan petir di hutan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI