Lebih 50,000 Orang Asli belum divaksin - Abdul Rahman

Lebih 50,000 Orang Asli belum divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 82,555 orang daripada keseluruhan 144,180 warga Orang Asli telah divaksin dengan baki lebih 50,000 orang masih belum divaksin.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ia menjadikan jumlah peratusan kadar vaksinasi Orang Asli mencatatkan sebanyak 57 peratus setakat ini.

“Berbaki lebih kurang 50,000 lagi masih belum divaksinkan dan usaha ini tidak menjadi masalah dan tiada halangan untuk menerima vaksin, hampir semua bersetuju untuk menerima vaksin.

“Tetapi ia bergantung kepada penerimaan vaksin kepada kita untuk memastikan mereka terima vaksin dan kebetulan Menteri Kesihatan ada dalam Dewan, saya minta supaya kita dapat segera Cansino sebanyak 50,000 dan saya 100 peratus kita boleh selesaikan vaksinasi Orang Asli,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ramli Mohd Nor (BN-Cameron Highlands) berhubung langkah yang dilakukan oleh pihak kementerian bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak tercicir daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN