fbpx

17 Oktober 2021, 1:35 am

  TERKINI

“Kurang sebulan bergelar PM, cepat betul buat kerja.” – Cik Yah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pujian seorang pempengaruh media sosial popular, Cik Yah mengenai kecekapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjalankan tugasnya dalam tempoh kurang sebulan mendapat perhatian netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram, pempengaruh popular itu memuat naik video animasi watak Cik Yah yang seronok dengan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) fasa satu yang mula diterima rakyat Malaysia semalam.

“Terima kasih Cik Yah ucapkan kepada Perdana Menteri atas bantuan diberikan. Dapatlah kami tambah barang dapur yang serba berkurang ini. Kurang sebulan bergelar Perdana Menteri, cepat betul buat kerja. Tak tunggu lama untuk beri bantuan fasa satu kepada rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

“Yang penting kerajaan menitik beratkan nilai ‘Keluarga Malaysia’,” tulisnya.

Video tiga minit yang mendapat tontonan lebih 15,000 turut dibanjiri komen netizen yang bersetuju dengan pendapat Cik Yah itu.

Antara komen yang ditinggalkan netizen terhadap video lucu terbabit adalah mereka terhibur dengan ayat Cik Yah mengenai keinginannya untuk muat turun semula aplikasi Shopee selepas dipadam kerana boros berbelanja.

Dalam entri sama, Cik Yah juga memuji ketampanan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang hadir ke Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Putrajaya bagi meninjau situasi semasa hari pertama pembayaran BKC kepada para penerima semalam.

Malah, secara berseloroh Cik Yah turut mempelawa Ismail untuk bersiar-siar di kampung halamannya dengan menaiki motorsikal.

Perdana Mneteri Rabu lalu mengumumkan BKC akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran fasa satu dikreditkan mulai 6 September dan dijangka selesai pada 10 September, dengan dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.

BKC layak diterima golongan miskin tegar dan B40 dengan jumlah pendapatan RM5,000 dan ke bawah untuk isi rumah dan warga emas, serta bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah, berdasarkan kriteria kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021).

Golongan M40 yang melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan RM5,001 hingga RM9,000 untuk isi rumah dan RM2,501 hingga RM5,000 untuk bujang juga layak menerima BKC.

Di bawah BKC, kategori miskin tegar, isi rumah akan menerima RM1,300; warga emas sebatang kara (RM500) dan bujang (RM500). Bagi kategori B40, isi rumah akan menerima RM800, warga emas sebatang kara (RM200) dan bujang (RM200); manakala kategori M40, isi rumah menerima RM250, warga emas sebatang kara (RM100) dan bujang (RM100).

POPULAR

KOSMO! TERKINI