Kurang 50 peratus pemandu teksi, e-hailing carum Perkeso - Utusan Malaysia

Kurang 50 peratus pemandu teksi, e-hailing carum Perkeso

TONG Sing Chuang (depan, kiri) menyampaikan kotak makanan kepada seorang pemandu teksi di Menara Perkeso Johor, di Johor Bahru. -UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tidak sampai 50 peratus individu yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi, e-hailing dan kereta sewa di negeri ini yang telah mencarum dalam skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso negeri, Tong Sing Chuang berkata, daripada lebih 5,000 orang yang terlibat dalam perkhidmatan itu, hanya seramai 2,374 yang telah mencarum.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut pula, hanya seramai 504 orang adalah pemandu teksi.

“Kita telah memperkenalkan caruman buat mereka yang melakukan pekerjaan ini, namun setakat ini jumlah yang telah mencarum di Johor masih rendah.

“Kita juga faham kekangan dan bebanan yang mereka hadapi, apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-19 yang mencabar ketika ini, namun kita akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan caruman Perkeso,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Bersama Perkeso di Menara Perkeso Johor, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Sumber Manusia Perkeso, Mohd. Razmi Khalid; Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Ghazali Abd. Rahman dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.

Sing Chuang memberitahu, sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada Mac tahun lalu, pihaknya telah menerima lebih 1,000 permohonan dalam pelbagai kategori daripada pencarum bagi mendapatkan pampasan akibat wabak berkenaan.

“Daripada jumlah tersebut, lebih 20 kes tuntutan adalah melibatkan kematian pencarum akibat dijangkiti Covid-19,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Razmi memaklumkan, pihaknya akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan pemandu perkhidmatan awam untuk melakukan caruman bersama Perkeso.

“Keutamaan mereka ketika ini adalah untuk menyediakan keperluan asas buat keluarga, seperti makanan harian dan juga keperluan bagi persekolahan anak-anak mereka,” katanya.

Berhubung program tersebut, Perkeso dengan kerjasama lima agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyediakan 100 kotak makanan untuk diagihkan kepada pemandu teksi yang terjejas di daerah ini. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya