fbpx

22 Oktober 2021, 3:26 pm

  TERKINI

KPDNHEP kesan kenaikan harga ayam sehingga RM10 sekilogram di Terengganu

PENGUAT Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu memantau harga ayam di pasar basah di negeri ini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNEHP) Terengganu mengesan kenaikan harga ayam yang mencecah sehingga RM10.00 sekilogram di negeri ini.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd. Kia berkata, penemuan itu hasil tinjauan di 18 premis pasar basah di samping empat pasar raya besar dan pasar raya (24).

Katanya, peningkatan harga barangan itu difahamkan berpunca akibat beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, namun perkara itu masih dalam siasatan pihaknya.

“Rata-rata peniaga mendakwa kenaikan harga ayam disebabkan pengurangan bekalan di peringkat ladang dan harga makanan ayam yang mahal.

“Bagaimanapun, pemeriksaan sedang dilaksanakan di peringkat rantaian pembekalan untuk mendapatkan maklumat harga dan kos di samping menyiasat di bawah perundangan pencatutan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saharuddin berkata, tindakan tegas akan diambil jika didapati ada peniaga yang cuba mengambil kesempatan dengan situasi tersebut.

Beberapa pengusaha restoran dan katering di negeri ini buntu dengan masa depan perniagaan mereka berikutan harga ayam borong yang melambung kepada RM8 sekilogram, hari ini.

Kenaikan luar biasa sehingga RM2.20 dalam tempoh kira-kira sebulan sejak 1 Ogos lalu menyebabkan rata-ratanya makin terhimpit untuk meneruskan operasi masing-masing. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI