Kluster komuniti dengan 22 kes punca Kg. Telimau kena PKPD

Kluster komuniti dengan 22 kes punca Kg. Telimau kena PKPD

KAMPUNG Telimau merupakan antara empat perkampungan Orang Asli suku Semai di Pos Terisu, Cameron Highlands, Pahang. – FOTO MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah lagi perkampungan masyarakat Orang Asli di Pahang, iaitu Kampung Telimau dalam Daerah Cameron Highlands antara tiga lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada Sabtu ini melibatkan kawasan.

Perkampungan yang dihuni etnik Semai itu hari ini diisytiharkan Kementerian Kesihatan membentuk kluster komuniti dengan 22 kes positif Covid-19 direkodkan hasil saringan ke atas 188 penduduk di lokaliti terletak di Pos Terisu, Mukim Ulu Telom yang pernah jirannya, Kampung Terisu dikenakan PKPD selama dua minggu sekitar Ogos lalu.

Pos berkenaan mempunyai sejumlah lebih 1,200 penduduk dari sekitar 313 keluarga yang meliputi Kampung Sungai Getan, Kampung Jarik, Kampung Terisu dan Kampung Telimau.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut dilaksanakan PKPD mulai 25 September ini sehingga 8 Oktober depan ialah Pasdec Damansara, Daerah Kuantan, Pahang dan Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud, Sabah.

“Sementara itu, sejumlah 13 lokaliti di tiga negeri pula berakhir PKPD masing-masing serentak esok seperti dijadualkan antaranya Kampung Kuala Koyan, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang, manakala di Terengganu melibatkan Bandar Paka, Gong Gernia, Cacar Baru, Limbong, Kuala Paka, Taman Indah Permai dan Telaga Mas di Paka, Daerah Dungun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di Sabah pula, kata beliau,  ia meliputi Sekolah Henry Gurney, Keningau; Kampung Timug, Kudat; Taman Sungai Labuk, Beluran serta Kampung Lembah Permai dan Kampung Desa Aman, Ranau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN