KL City laung amaran awal - Utusan Malaysia

KL City laung amaran awal

PERTAHANAN KL City Irfan Zakaria melonjak tinggi mencabar penyerang Sri Pahang Kenjok Wal Athiu dalam perebutan bola di udara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kuala Lumpur City  (KL City) melaungkan amaran awal bahawa mereka antara pencabar dalam perebutan Piala Malaysia ke-100 apabila berjaya menundukkan Sri Pahang FC 3-1 dalam saingan Kumpulan A di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur , sebentar tadi.

Beraksi di laman sendiri, skuad bimbingan Bojan Hodak memanfaatkan kelebihan itu sebaik mungkin dengan memperagakan permainan meyakinkan untuk meraih tiga mata.

Penyerang KL City Romel Morales berjaya meledak dua gol masing-masing pada minit ke-47 dan 73 dan satu lagi jaringan disumbangkan oleh  Daniel Ting yang berjaya menanduk masuk gol pertama hasil sepakan sudut pada minit 19.

Sementara itu, gol saguhati skuad Tok Gajah dijaringkan oleh pertahanan KL City  Giancarlo Gallifuorco pada minit 79.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya