Kelindan lemas akibat tersepit lori terbabas - Utusan Malaysia

Kelindan lemas akibat tersepit lori terbabas

KEADAAN lori mangsa yang terbabas di sebuah parit di Jalan Harmoni 1, Ijok, Kuala Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang kelindan lori maut dalam keadaan tragis apabila tersepit dan lemas selepas kenderaan itu terbabas ke dalam parit di Jalan Harmoni 1, Ijok di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa, Kamarul Najmi Abdullah, 24, bersama pemandu lori jenis lori jenis Nissan UD berkenaan yang membawa muatan ayam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari sebuah reban ayam di Ijok menghala ke sebuah kilang pemprosesan ayam di Puchong.

“Setibanya di lokasi kejadian, lori berkenaan melalui selekoh dan tiba-tiba memasuki sebuah parit lalu terbalik.

“Pemandu lori itu sempat menyelamatkan diri manakala kelindannya dipercayai tersepit dan lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemandu lori, Saihol Ihsan Rapsidi, 36, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kata Ramli,  kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya