Jumlah kematian Covid-19 kini cecah 22,009 setakat semalam

Jumlah kematian Covid-19 kini cecah 22,009

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 107 kes sekali gus berlaku peningkatan sedikit berbanding kelmarin yang merekodkan 104 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat jam 9 pagi hari ini yang berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web https://covidnow.moh.gov.my, jumlah kematian sebenar pula hanya lima kes berbanding 24 kes kelmarin manakala bagi jumlah kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini berlaku penurunan, sebanyak 422 kes berbanding kelmarin, 463 kes. 

Jumlah kematian sebenar itu menjadikan jumlah terkini kematian Covid-19 sebanyak 22,009 kes. 

Sebanyak 92 daripada 422 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,158 kes. 

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 116 kes manakala kematian sebenar (purata tujuh hari), 12 kes diikuti Kedah (79/6), Sabah (71/15), Johor (46/19), Pulau Pinang (37/17), Perak (21/10), Kelantan (16/6), Kuala Lumpur (11/4), Pahang (10/4), Sarawak (5/4), Terengganu (4/3), Perlis (4/1), Melaka (2/4) dan Negeri Sembilan (0/3)

Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu. 

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 iaitu 19,495 kes berbanding semalam, 15,669 kes sekali gus mengatasi 18,760 kes sembuh manakala 1,272 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 641 kes memerlukan bantuan pernafasan serta 225,590 kes aktif. 

“Tempat kerja terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu 14 daripada 25 kluster Covid-19, diikuti tujuh kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi manakala pendidikan lain dan keagamaan, masing-masing satu kluster,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN