Jangan risau, saya tidak bersara daripada lakonan - Zul Ariffin - Utusan Malaysia

Jangan risau, saya tidak bersara daripada lakonan – Zul Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Zul Ariffin menafikan dia berhasrat untuk bersara daripada bidang lakonan atau merancang untuk melakukan penghijrahan.

Sebaliknya pelakon J revolusi ini, menerusi Instagramnya memberitahu dia sedang mempersiapkan diri untuk menjadi pelakon yang lebih baik.

“Jangan risau, saya tidak bersara daripada lakonan atau melakukan penghijrahan.

“Buat masa ini, saya secara perlahan-lahan sedang cuba untuk memperbiki diri dan kerjaya.

“Saya sedang membuat persediaan, panaskan enjin. Banyak lagi yang akan datang!” tulisnya.

Zul pada beberapa hari lalu mengumumkan telah menarik diri daripada semua pencalonan Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-34.

Dia sebelum ini pernah dinobatkan Pelakon Filem Lelaki Popular pada ABP ke-31.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya