Isu diskriminasi vaksin: PBB, WHO diminta buat pendirian jelas - Utusan Malaysia

Isu diskriminasi vaksin: PBB, WHO diminta buat pendirian jelas

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) digesa membuat satu pendirian jelas berhubung isu diskriminasi ke atas beberapa jenis vaksin yang diamalkan beberapa buah negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, satu ketetapan wajar dan adil perlu dibuat memandangkan semua pengeluaran vaksin mendapat kelulusan WHO.

“Ada sesetengah negara menetapkan hanya individu menerima vaksin tertentu sahaja diberikan pengecualian daripada melakukan ujian pengesanan Covid-19 sebelum berlepas dan menjalani kuarantin setelah tiba di negara berkenaan.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana semua faham bahawa vaksin melindungi individu daripada risiko mendapat jangkitan yang lebih teruk serta mengurangkan gejala penyakit,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, sebarang kemudahan atau kelonggaran mesti dibuat berdasarkan kawalan dan pencegahan penyakit serta tindakan kesihatan awam di negara berkenaan, dan bukannya berdasarkan jenis vaksin.

Sebelum ini, United Kingdom mengumumkan kemudahan kelonggaran bagi individu yang mendapat vaksinasi penuh untuk keluar masuk ke England bermula 4 Oktober ini.

Kelonggaran itu diberikan kepada 17 buah negara termasuk Malaysia.

Bagaimanapun, kelonggaran itu diberikan penerima lengkap vaksin jenis AstraZeneca, Pfizer, Moderna atau Janssen termasuk campuran dua dos mana-mana jenama itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya