Hotel lima bintang di Port Dickson dapat sambutan

Hotel lima bintang di Port Dickson dapat sambutan

INDUSTRI hotel semakin pulih daripada kesan pandemik Covid-19. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Apabila Negeri Sembilan beralih ke Fasa 2 dan Fasa 3 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), rangkaian hotel lima bintang di bawah Kumpulan Lexis Hotel di daerah ini turut menerima sambutan pengunjung.

Presiden Lexis Hotel Group, Mandy Chew Siok Cheng berkata, pihaknya mula menerima kira-kira 60 peratus tempahan daripada kapasiti bilik di dua buah hotel syarikat tersebut iaitu Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Hibiscus Port Dickson pada setiap hujung minggu.

“Kami menjangkakan para tetamu ke hotel-hotel dan resort kami akan bertambah lagi kerana Negeri Sembilan sedang berada pada Fasa 3 dan kami sasarkan peratus kehadiran tetamu akan meningkat kepada 70 peratus.

“Sekarang, selain daripada tempahan bilik, kami juga menerima banyak tempahan dan permintaan dari golongan pekerja dan kerajaan di Negeri Sembilan untuk mengadakan mesyuarat, seminar dan latihan di hotel-hotel dan resort kami,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Siok Cheng mengharapkan kerajaan dapat memberikan kelonggaran kepada orang ramai yang sudah lengkap memperoleh vaksin Covid-19 supaya dibenarkan untuk merentas negeri.

“Ia supaya warganegara Malaysia yang lengkap divaksin boleh merentasi negeri untuk menikmati penginapan di hotel-hotel dan resort kami. Memang majoriti tetamu tempatan kami ialah penduduk yang tinggal di Lembah Klang. 

“Kami juga berharap Port Dickson terut diadakan Gelembung Pelancongan tidak lama lagi kerana kadar vaksinasi lengkap untuk penduduk di negeri ini telah mencapai lebih daripada 80 peratus,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.