Hanya 15 kluster tapi didominasi komuniti - Noor Hisham

Hanya 15 kluster tapi didominasi komuniti

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Komuniti mencatatkan lapan kluster Covid-19 daripada 15 kluster hari ini, manakala Kelantan sekali lagi menjadi penyumbang terbanyak kluster. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain komuniti, tempat kerja mencatatkan tujuh kluster.

“Kluster komuniti melibatkan enam di Kelantan manakala Pahang dan Perak, masing-masing satu kluster. Bagi kluster tempat kerja, Selangor merekodkan tiga kluster diikuti dua di Johor manakala Kelantan dan Sabah, masing-masing satu kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 13,754 kes berbanding semalam, 14,990 kes sekali gus diatasi 16,628 kes sembuh manakala 1,107 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 613 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Katanya, Selangor merekodkan negeri terbanyak kes positif iaitu 1,985 kes diikuti Johor (1,913), Sarawak (1,766), Sabah (1,629), Kelantan (1,264) dan Pulau Pinang (1,052). 

“Tujuh negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Pahang (869), Perak (844), Kedah (783), Terengganu (664), Kuala Lumpur (383), Melaka (292) dan Negeri Sembilan (175) dan Perlis (113). Putrajaya mencatatkan 14 kes dan Labuan, lapan kes,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 106 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 101 kes sebelum ia berubah kepada 132 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat jam 7 petang, hari ini yang berdasarkan maklumat dikemaskini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my. Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku peningkatan, sebanyak 487 kes berbanding kelmarin, 334 kes. 

Jumlah kematian menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 24,565 kes. Sebanyak 161 daripada 487 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,809 kes.

Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 178 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), 10 kes diikuti Sabah (87/14), Johor (63/29), Kuala Lumpur (44/3), Pulau Pinang (36/15), Kelantan (26/7), Perak (18/6), Kedah (14/6), Terengganu (3/2), Pahang (5/4), Melaka (5/3), Negeri Sembilan (5/1), Perlis (2/1) dan Sarawak (1/5). Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya