Hantar pulang warga asing jika enggan divaksin - Najib

Hantar pulang warga asing jika enggan divaksin – Najib

najib
NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Warga asing perlu diberi amaran dengan memberi tempoh masa empat bulan untuk mendapatkan vaksin Covid-19 jika tidak mahu dihantar pulang.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak dengan menjelaskan, hukuman penjara akan dikenakan kepada majikan jika gagal memastikan pekerja yang diselia enggan mengambil vaksin.

“Realitinya di negara kita, bilangan pekerja asing adalah tinggi sama ada mempunyai permit atau sebaliknya.

”Sehubungan itu, saya mencadangkan semua warga asing termasuk pembantu rumah ini dipastikan mengambil vaksin penuh bagi memastikan Covid-19 tidak menular. Jika tidak, ia akan menular semula. Covid-19 tidak memilih sama ada seseorang itu warga asing atau rakyat tempatan.

“Beri masa pada mereka. Sekiranya selepas itu, masih ada yang enggan mengambil vaksin, tindakan tegas perlu diambil termasuk menghantar mereka pulang ke negara asal,” katanya ketika membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, negara akan menjadi tidak selamat sekiranya wabak Covid-19 disebar oleh komuniti warga asing itu.

Untuk rekod, kerajaan baru-baru ini turut melaksanakan pemberian vaksin kepada warga asing dengan menyediakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara walk-in di beberapa kawasan.

Memberi kelonggaran kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah, kerajaan turut melaksanakan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang memfokuskan vaksinasi kepada pekerja kilang.

Dalam pada itu, Najib turut mencadangkan agar memperkenalkan pakej Cukai Pemulihan Covid-19 dalam tempoh dua tahun atau sehingga ekonomi dan fiskal kerajaan pulih.

Cukai ini seperti cukai durian runtuh, cukai pembangunan kondo mewah, cukai duti setem transaksi harta dan perdagangan saham, kenaikan cukai peribadi kepada golongan berpendapatan tinggi.

“Ramai yang memberi cadangan kepada kerajaan bagaimana mahu membelanjakan peruntukan dalam menangani Covid-19.

”Bagaimanapun, saya dapati kurang yang mencadangkan bagaimana kerajaan boleh memperoleh hasil atau pendapatan kepada negara.

”Hakikatnya untuk menjamin kelangsungan sebuah kerajaan dan ekonomi adalah amat penting mengimbangkan antara perbelanjaan dengan hasil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.