Gesa guna logo PKR pada PRU-15 - Utusan Malaysia

Gesa guna logo PKR pada PRU-15

AMRAN KAMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: PKR negeri menggesa logo dan bendera parti itu digunakan bagi mewakili komponen Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PKR negeri, Amran Kamarudin berkata, langkah tersebut bagi menjamin kemenangan gabungan berkenaan dalam pilihan raya nanti.

Katanya, logo PKR adalah satu jenama yang mula diperkenalkan kepada pengundi sejak tahun 1999 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di penjara dan logo berkenaan juga sudah dikenali serta dekat dengan hati seluruh rakyat di negara ini.

Malah katanya, logo PKR yang digunakan di dalam PRU-14 melibatkan 193 Parlimen dan 453 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Malaysia telah dibuktikan apabila komponen PH berjaya membentuk kerajaan menumbangkan Barisan Nasional (BN).

“Kami mewakili seluruh anggota PKR seramai 9,256 dari tiga cabang di seluruh negeri  ini menggesa supaya logo serta bendera PKR digunakan bagi mewakili komponen PH untuk menjamin kemenangan dalam PRU-15.

“Penjenamaan cogan kata ‘Keadilan untuk semua’ tanpa mengira kaum, agama dan gender telah berjaya memikat hati ramai pengundi daripada pelbagai rumpun bangsa di seluruh Malaysia.

“Lambang keadilan menjadi simbol kepada perjuangan yang mahukan kerajaan yang bersih, berintegriti dan mengutamakan perjuangan rakyat menentang sistem yang korup dan zalim bukannya perjuangan golongan elit yang telah terbukti ditolak oleh rakyat dalam PRU-14,” katanya di sini hari ini.

Tambah Amran, keputusan tersebut turut sebulat suara dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Negeri bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK), wanita serta ketua cabang dari negeri ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN