Garis panduan dos ketiga, dos penggalak dalam JKJAV minggu depan

Garis panduan dos ketiga, dos penggalak dibentang dalam JKJAV minggu depan

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Garis panduan mengenai proses agihan dos ketiga dan dos penggalak vaksin Covid-19 dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) minggu depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ketika ini panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos itu yang turut menjelaskan ada perbezaan antara agihan dos ketiga dan dos penggalak.

“Dos ketiga diberikan apabila tindak balas imun terhadap dua dos tidak mencukupi dan mereka memerlukan dos ketiga bagi memperoleh tindak balas optimum.

“Keutamaan bagi dos ketiga ini adalah kumpulan berisiko tinggi seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang.

“Manakala, bagi dos penggalak pula adalah bagi mereka yang sudah lengkap dua dos tetapi tindak balas imun mereka sudah mula turun selepas beberapa bulan dan ia diberikan sebagai perangsang kepada sistem imun supaya ia lebih berkesan terhadap Covid-19,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya memberi keutamaan agihan bagi dos ketiga dahulu diikuti dos penggalak mulai bulan depan sebaik mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Khairy berkata, beliau difahamkan Pfizer sudah menghantar data bagi dos ketiga dan penggalak kepada NPRA dan ia akan diluluskan secepat mungkin.

Menurutnya, pihaknya juga akan membuat kajian bagi mengenal pasti tahap keberkesanan dos lengkap berdasarkan jenis vaksin, latar belakang pesakit atau kemungkinan impak varian Delta.

“Melihat data dikeluarkan The Real World Evaluation of Covid-19 Vaccination Under PICK atau RECoVaM semalam, semua jenis vaksin yang digunakan di Malaysia menunjukkan keberkesanan yang tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.