Gangguan bekalan air halang aktiviti ekonomi Lembah Klang dalam PPN - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air halang aktiviti ekonomi Lembah Klang dalam PPN

JALALUDDIN Alias (dua dari kiri) menerima benik pokok durian daripada Haslina di Stesen MARDI Jelebu, Simpang Durian, Jelebu hari ini.-UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Isu gangguan bekalan air yang berlaku di Lembah Klang termasuk di Wilayah Persekutuan diharap tidak lagi berulang terutama selepas Putrajaya dan Kuala Lumpur beralih ke Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, gangguan tersebut boleh menganggu terutama aktiviti ekonomi di kawasan itu yang kembali pulih selepas beralih fasa dalam PPN.

Jelas beliau, perkara tersebut perlu dititikberatkan semua pihak supaya ia tidak menjadi penghalang kepada aktiviti ekonomi dan aktiviti harian penduduk.

“Bulan lalu, hampir seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan mengalami gangguan bekalan air kerana terdapat masalah pengoperasian di Loji Rawatan Air, Jalan Kolam.

“Terbaharu, awal bulan ini sejumlah 463 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air yang tidak berjadual sejak pukul 12 tengah hari termasik 23 kawasan dalam Putrajaya, saya harap perkara ini tidak lagi berulang,

“Di dalam Fasa 2 PPN, banyak aktiviti ekonomi akan dibuka secara beransur-ansur dan ia memerlukan keperluan asas seperti air dan elektrik yang tidak terganggu bagi melancarkan operasi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata demikian ketika ditemui pemberita pada pada program sumbangan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin dan Penyerahan Benih Buah -Buahan Tempatan di Stesen MARDI Jelebu, Simpang Durian di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN