Gambar sesak jeti Kuala Perlis gambar lama  - Utusan Malaysia

Gambar sesak jeti Kuala Perlis gambar lama 

GAMBAR tular adalah daripada berita yang disiarkan pada 20 Ogos 2020. - FB MOTAC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menafikan kesahihan gambar yang memaparkan orang ramai bersesak di jeti Kuala Perlis seperti yang tular dalam media sosial.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan memaklumkan, MOTAC menjelaskan bahawa gambar yang ditularkan adalah gambar lama iaitu daripada berita yang disiarkan pada 20 Ogos 2020.

“MOTAC menegaskan gambar yang memaparkan situasi berkenaan adalah palsu serta memberi tanggapan negatif berhubung projek rintis Gelembung Pelancongan Langkawi dan boleh menganggu ketenteraman orang ramai khususnya penduduk Langkawi.

“Orang ramai disaran berhenti daripada menyebarkan berita palsu sebaliknya merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi MOTAC untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, tular dalam media sosial gambar yang menunjukkan orang ramai bersesak dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) di terminal jeti Kuala Perlis.

Khamis lepas, Pulau Langkawi kembali menerima kedatangan pelancong apabila dijadikan sebagai projek rintis gelembung pelancongan domestik dan kayu ukur buat pulau peranginan yang lain.

Menurut satu hantaran MOTAC di laman Facebook, pihaknya sedang mempertimbang untuk membuat laporan polis berkenaan penyebaran berita palsu itu yang memberi tanggapan negatif.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu seperti ini. Pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya