Dua maut rempuh kereta U-turn melulu - Utusan Malaysia

Dua maut rempuh kereta U-turn melulu

KEADAAN kereta yang berlanggar dengan tiga motosikal mengibatkan dua maut di Kilometer 87, Jalan Kota Bharu Machang-Gerik-Jeli, Kelantan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Tindakan pemandu sebuah kereta yang dikatakan membuat pusingan U secara melulu mengakibatkan dua pemuda maut dalam nahas membabitkan tiga buah motosikal di Kilometer 87, Jalan Kota Bharu Machang-Gerik-Jeli, dekat sini hari ini. 

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu berlaku selepas tiga buah motosikal terbabit yang menghala ke Jeli tidak sempat mengelak kereta jenis Honda Civic di depan mereka yang membuat pusingan U mengejut lalu merempuhnya.

Rempuhan kuat itu mengakibatkan kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 17 tahun dari Kota Bharu dan seorang lagi 31 tahun dari Lakota, Jeli maut  di tempat kejadian manakala seorang lagi penunggang berusia 17 tahun parah.

Difahamkan, kesemua motosikal jenis EX5 sedang berkonvoi menuju ke Kuala Krai. 

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintenden Ahmad Arifin ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai akibat kecuaian pemandu Honda Civic yang membuat pusingan U secara melulu sehingga menyebabkan pelanggaran dengan tiga motosikal terbabit.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama. Pemandu kereta berusia 36 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN