Disyaki rasuah kontrak bekal baja, dua ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Disyaki rasuah kontrak bekal baja, dua ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu termasuk seorang penjawat awam kerana dipercayai menerima wang suapan kira-kira RM18,000 daripada sebuah syarikat pembekal baja.  

 Sumber berkata, perbuatan itu dipercayai dilakukan bersama seorang lagi suspek masing-masing berusia dalam lingkungan 50- an.

Kata sumber, perbuatan itu dipercayai sebagai balasan untuk membantu syarikat pembekal baja berkenaan mendapatkan kerja-kerja membekalkan baja cecair organik bernilai lebih RM140,000 kepada sebuah pertubuhan peladang di Selangor. 

 “Kedua-dua suspek  ditahan pada kira-kira pukul 3 petang tadi di pejabat SPRM Selangor,” katanya di sini hari ini. 

 Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

 “Suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam Selangor pada pukul 9 pagi esok untuk permohonan reman.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN