Bukan semua pegawai SPRM bermasalah - Utusan Malaysia

Bukan semua pegawai SPRM bermasalah

JAIS ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang pertikaian patut diwujudkan merujuk kepada penahanan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan salah guna kuasa dan penyelewengan.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim yakin dan percaya bahawa komitmen SPRM dalam menyiasat pegawai mereka sendiri dan menyelesaikan segera kes itu adalah amat terpuji serta perlu diberikan sokongan oleh semua lapisan masyarakat.

“Agensi penguatkuasaan seperti SPRM pastinya tidak akan berkompromi jika anggota mereka disyaki terlibat walau dalam apa jenis jenayah sekalipun.

“Anggota tersebut perlu disiasat dengan teliti dan dihukum jika benar-benar didapati bersalah. Penahanan ini pasti memberikan kesan yang mendalam kepada semua anggota di agensi penguatkuasaan bahawa mereka bukanlah ‘kebal”,” katanya dalam satu kenyataan.

Jais turut mengingatkan lebih daripada 180,000 pegawai pelbagai agensi penguatkuasaan di seluruh negara namun, katanya, jika hanya segelintir yang tersalah langkah, itu bukanlah bermakna semuanya rosak dan tidak amanah.

Beliau mahu tindakan tatatertib dan perundangan yang tegas diambil terhadap mereka yang terlibat walaupun perkhidmatan mereka kepada negara ini juga penting.

Terdahulu, SPRM mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

Dalam satu kenyataan, SPRM memaklumkan, ketiga-tiga pegawai sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman enam hari bermula 14 September lepas.

Tambah Jais, masyarakat juga sedar bahawa pegawai agensi penguatkuasa juga bukanlah malaikat yang tidak pernah berbuat salah atau ‘maksum’ (benar-benar bersih) daripada sebarang kesalahan.

“Pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan Jawatankuasa Aduan (JKA) telah dibuat melalui peruntukan undang-undang. Manakala pembentukan Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) pula dibuat secara pentadbiran.

“Rakyat Malaysia perlu sentiasa dididik dan disedarkan tentang kewujudan lima mekanisme tanggungjawab yang telah dibentuk dan dilaksanakan bagi bertindak sebagai badan pemantau dalam tugas semak dan imbang terhadap perjalanan SPRM dalam melaksanakan fungsi dan peranannya,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya